Thursday, November 28, 2013

Gaji ... Gaji ... Gaji ...

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kadar-gaji-munasabah-kata-khalid-1.225604

Apa yang perlu dipertikaikan sekiranya rizab kerajaan 2.7 bilion. Sepatutnya apabila tanggungjawab bertambah dengan kebejatan kos sara hidup seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang keperluan, cukai yang membebankan perlu kepada komitmen yang tinggi.
Kenapa berlaku peningkatan kos sara hidup? Rata-rata masyarakat akan mencemuh dengan kenaikan harga barang. Keperluan bajet akan bertambah dan simpanan makin berkurang. Simpanan inilah yang akan digunakan sekiranya keperluan mendesak seperti kes kereta rosak, anak demam, kematian dan lain-lain. Boleh ke pihak berkuasan memikirkan ini semua?

Peningkatan kos sara hidup punca masyarakat tidak terima GST
Rais Taha
Rais Taha
Oleh Mastura Malak (mastura@abnxcess.com)
SERDANG – Rata-rata rakyat berpendapatan sederhana dan rendah kurang bersetuju dengan tindakan Kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bagi seorang Pekerja Swasta, Rais Taha 40, GST hanya akan menambahkan beban rakyat kerana terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi manfaat daripada GST dikhuatiri tidak diterima oleh pembayar cukai sepertinya.
“Saya rasa dengan ekonomi sekarang ini, dengan semua harga barang dah naik. Saya rasa bila adanya GST nanti mungkin akan naik lagi harga barangan. Jadi bila macam tu saya rasa rakyat akan terbeban. Bila adanya GST nanti kos sara hidup kita pasti tinggi dan gaji masih rendah,” katanya.
Sementara itu, bagi Khairil Ikmal Hitam, 32, golongan masyarakat yang berpendapatan sederhana sepertinya belum bersedia dengan perlaksanaan GST berikutan perbelanjaan seharian yang semakin tinggi dan tiada kenaikan gaji yang selaras.
Khairil Ikmal
Khairil Ikmal Hitam
“Bagi saya dari segi pengguna ianya membebankan sebab kita terpaksa berikan lebihan duit untuk membeli sesuatu barangan. Jadi pada saya perlaksanaan ini mungkin terlalu awal sebab kenaikan barangan tidak seiring dengan pendapatan perkapita oleh rakyat Malaysia,” katanya.
Pendapat sama turut dikongsi oleh kakitangan kerajaan, Yusri Mohd Ramli, 27.
Yusri Mohd Ramli
Yusri Mohd Ramli
 Jelas Yusri, cukai GST hanya akan menambahkan beban yang sedia ditanggung oleh rakyat dan seharusnya kerajaan menyemak semula sistem ini supaya tidak menekan golongan berpendapatan rendah.
“GST ni kalau dari sudut  seperti saya yang bekerja di kerajaan ia agak tidak adil sebab kalau untuk golongan berpendapatan sederhana seperti saya memang terasa berbanding golongan yang berpendapatan tinggi.
“Terutamanya dari segi petrol, itu belum lagi harga barangan runcit. Jadi semua ini memang membebankan golongan berpendapatan rendah,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak mengumumkan perlaksanaan GST sebanyak enam peratus pada pembentangan Bajet 2014, 25 Oktober lalu.
Ia bakal dilaksanakan berkuatkuasa 1 April 2015 iaitu kira-kira 17 bulan dari sekarang.

Tuesday, September 10, 2013

http://www.sinarharian.com.my/global/obama-berdolak-dalik-1.200702

Apabila tidak demokrasinya sikap barat terhadap dunia Islam sanggup mencipta helah dan tipudaya bagi menjaga kepentingan dan niat jahat menghancurkan Islam secara ganas dan tidak berhati perut. Perhatikanlah firman Allah سبحانه وتعالى dalam QS. Al Baqoroh (2) ayat 120 berikut ini: وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ Artinya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Thursday, September 5, 2013

Petroleum murah: Petronas buat penjelasan - Sinar Harian

Petroleum murah: Petronas buat penjelasan - Sinar Harian

Dari Perlis sampailah ke Sabah rakyat Malaysia begitu kecoh dengan kenaikan harga petrol dengan diesel. Bagi yang berada di kawasan luar bandar yang tidak memikirkan sangat tentang penggunaan kenderaan harian mungkin tidak merasai sangat bahang kenaikan itu. 

Tetapi bagi golongan yang berada di kawasan bandar yang menjadikan penggunaan kenderaan sebagai "alat untuk pergi mencari rezeki". Sekiranya harga petrol meningkat maka perbelanjaan mereka meningkat. Ini memberi kesan yang sangat besar kepada peningkatan kos sara hidup. Pendapatan di bawah RM3,000, mereka akan bersungut dan menjadi keluh kesah memikirkan perbelanjaan yang tidak mencukupi seperti kos sewa rumah, bil-bil, dapur, anak sekolah, pengasuh, anak kecil, simpanan, kecemasan, penyelenggaraan kenderaan dan lain-lain. 

Intro My Heroes....



Ni anak sulung saya, namanya Aisy Iskandar. Sekarang ni umurnya 6 tahun dan bersekolah di Pra Tahfiz di Sungai Merab.. Papa doakan agar abang menjadi seorang tahfiz quran.. Insha Allah. Dia seorang yang suka tengok kartun tapi juga dia seorang yang kuat makan.. he..he..he. Selalu kena buli oleh adiknya....



Ini adiknya... Ammar Rusydi, umur sekarang 2 tahun. Seorang yang kuat nangis dan kurang makan... tuu badan tak besar-besar macam abang dia. Dia ni suka nyakat abang dia.. Bila abang tak suka layan dia main, so dia perkejekanlah abang dia... ibuuuuu, adik pukul abang !!!!

Wednesday, September 4, 2013

Alhamdulillah...

Pada hari ini tanggal 5 September 2013 bersamaan 28 Syawal 1434 hijriah, saya memulakan bicara di laman blog ini. Bersyukur dipanjatkan Ke hadrat Allah subhanahu wata'ala kerana di atas karuniaNya memberi saya nafas untuk meneruskan hari-hari esok sebagai khalifah di atas muka bumiNya. Perjalanan hidup kita sebagai hambaNya diambilkira sebagai tuntutan dalam ibadah umum dan ibadah khusus. Ibadah umum ini sebagai contoh ialah  penulisan saya melalui blog ini. Setiap bahasa dan penulisan yang baik akan dicatat oleh malaikat Rakib, sekiranya bahasa dan penulisan yang tidak baik, mencaci, memfitnah akan dicatat oleh malaikat Atid. Kesemua ini akan diperhitung di mahkamah Rabbul Jalil.