Thursday, November 28, 2013

Gaji ... Gaji ... Gaji ...

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kadar-gaji-munasabah-kata-khalid-1.225604

Apa yang perlu dipertikaikan sekiranya rizab kerajaan 2.7 bilion. Sepatutnya apabila tanggungjawab bertambah dengan kebejatan kos sara hidup seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang keperluan, cukai yang membebankan perlu kepada komitmen yang tinggi.
Kenapa berlaku peningkatan kos sara hidup? Rata-rata masyarakat akan mencemuh dengan kenaikan harga barang. Keperluan bajet akan bertambah dan simpanan makin berkurang. Simpanan inilah yang akan digunakan sekiranya keperluan mendesak seperti kes kereta rosak, anak demam, kematian dan lain-lain. Boleh ke pihak berkuasan memikirkan ini semua?

Peningkatan kos sara hidup punca masyarakat tidak terima GST
Rais Taha
Rais Taha
Oleh Mastura Malak (mastura@abnxcess.com)
SERDANG – Rata-rata rakyat berpendapatan sederhana dan rendah kurang bersetuju dengan tindakan Kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bagi seorang Pekerja Swasta, Rais Taha 40, GST hanya akan menambahkan beban rakyat kerana terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi manfaat daripada GST dikhuatiri tidak diterima oleh pembayar cukai sepertinya.
“Saya rasa dengan ekonomi sekarang ini, dengan semua harga barang dah naik. Saya rasa bila adanya GST nanti mungkin akan naik lagi harga barangan. Jadi bila macam tu saya rasa rakyat akan terbeban. Bila adanya GST nanti kos sara hidup kita pasti tinggi dan gaji masih rendah,” katanya.
Sementara itu, bagi Khairil Ikmal Hitam, 32, golongan masyarakat yang berpendapatan sederhana sepertinya belum bersedia dengan perlaksanaan GST berikutan perbelanjaan seharian yang semakin tinggi dan tiada kenaikan gaji yang selaras.
Khairil Ikmal
Khairil Ikmal Hitam
“Bagi saya dari segi pengguna ianya membebankan sebab kita terpaksa berikan lebihan duit untuk membeli sesuatu barangan. Jadi pada saya perlaksanaan ini mungkin terlalu awal sebab kenaikan barangan tidak seiring dengan pendapatan perkapita oleh rakyat Malaysia,” katanya.
Pendapat sama turut dikongsi oleh kakitangan kerajaan, Yusri Mohd Ramli, 27.
Yusri Mohd Ramli
Yusri Mohd Ramli
 Jelas Yusri, cukai GST hanya akan menambahkan beban yang sedia ditanggung oleh rakyat dan seharusnya kerajaan menyemak semula sistem ini supaya tidak menekan golongan berpendapatan rendah.
“GST ni kalau dari sudut  seperti saya yang bekerja di kerajaan ia agak tidak adil sebab kalau untuk golongan berpendapatan sederhana seperti saya memang terasa berbanding golongan yang berpendapatan tinggi.
“Terutamanya dari segi petrol, itu belum lagi harga barangan runcit. Jadi semua ini memang membebankan golongan berpendapatan rendah,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak mengumumkan perlaksanaan GST sebanyak enam peratus pada pembentangan Bajet 2014, 25 Oktober lalu.
Ia bakal dilaksanakan berkuatkuasa 1 April 2015 iaitu kira-kira 17 bulan dari sekarang.