Banyak persoalan yang sampai kepada kami daripada
individu-individu atau kumpulan-kumpulan daripada saudara kami warga Mesir yang
telah hidup genap setahun di dalam suasana paling buruk yang dilalui oleh
negara Mesir. Selepas dirampas pemerintahan awam yang berasaskan syura dan
demokrasi yang dibina melalui pilihanraya yang telus dan bersih. Sehingga
datang kudeta maka diculik Presiden yang sah, dirombak kerajaan yang sah,
dimansuhkan perlembagaan lalu masuklah negara dalam tempoh kegelapan lagi
kelam. Dihalau daripadanya setiap penyeru kepada kebenaran, keadilan dan
kebaikan. Ramai orang yang dibunuh dengan sengaja, ditangkap, didera golongan
lelaki, dicabul kehormatan golongan wanita.
Kemudian, datang pula hukuman yang zalim, iaitu gelombang
hukuman mati yang menjangkaui para penentang kudeta hingga seorang yang dihukum
mati bahkan ratusan nyawa hanya melalui satu atau dua perbicaraan tanpa dibaca
secara jelas pertuduhan kepada mereka. Selain itu kempen yang dilancarkan oleh
media jahat yang mengaitkan golongan yang dituduh dengan keganasan dan menuduh
golongan penentang rampasan kuasa sebagai pengganas, yang meletakkan Mesir di
bawah kuasa mereka, dengan kekuatan senjata. Mereka ini telah berusaha untuk
mencipta Fir'aun yang baru, membelenggu sekalian rakyat Mesir.
Oleh kerana itu, mereka (kudeta) berkata, "Syeikh Al-Azhar,
Dr.Ahmed Toyyib akan berusaha dan memenatkan jiwanya untuk mendapatkan diyat
(pampasan) bagi anggota keluarga yang dibunuh sejak 25 Januari 2011 hingga hari
ini dan dia mengandaikan demikian itu akan diredhai oleh keluarga mangsa dari
apa yang menimpa anak-anak, saudara, ayah-ayah, suami-suami atau teman-teman
mereka."
Setiap orang tahu bahawa mangsa yang dibunuh keluar dari rumah
mereka dengan tiada senjata di tangannya, tiada tongkat, bahkan tiada langsung
niat untuk memukul seseorang dengan pukulan paling perlahan, bahkan mereka
keluar untuk menyertai orang yang berpuasa di tengah hari yang panas terik
dalam bantahan. Menyertai mereka di malam hari awal dan akhirnya dengan
qiamullail yang penuh khusyuk kepada Allah dengan keimanan dan mengharapkan
keampunanNya.
Suka kiranya saya sepertimana kebanyakan warga Mesir yang lain,
warga Arab dan Islam sekalian untuk kami bertanya kepada Syeikh Al-Azhar untuk
berusaha bagi melaksanakan hukum syarak dan undang-undang Islam yang
difardhukan oleh Allah kepada manusia dalam bab pertumpahan darah tanpa hak.
"Adakah keluarga mangsa yang dibunuh telah memberikan
mandat kepada Syeikh Al-Azhar ataupun beliau sendiri melantik diri beliau
menggantikan keluarga mangsa ini? Adakah keluarga mangsa bunuh tersebut berkata
"Kami menerima diyat (pampasan) atas pembunuhan dengan sengaja yang
dilakukan?"
Apakah diyat tersebut? Adapun diyat di sisi syarak ialah 100
ekor unta yang tidak kurang umurnya daripada 5 tahun, nilai setiap ekor unta
tidak kurang LE 15,000 (kira-kira RM 8,000) iaitu seorang mangsa perlu dibayar
LE 1,500,000. Ini adalah diyat bagi pembunuhan yang tidak sengaja.
Adapun pembunuhan sengaja berniat untuk membunuh, jika keluarga
mangsa menerima untuk berdamai (iaitu tidak mahu qisos) maka diyat (pampasan)
yang ditetapkan ialah jumlah yang akan ditentukan oleh keluarga mangsa mengikut
kehendak mereka sendiri.
Pernahkah Syeikh Azhar bertanya ulamak disekeliling beliau:
"Apakah hukum darah yang ditumpahkan tanpa hak di Mesir, khasnya
pembunuhan yang melibatkan ribuan nyawa dengan sengaja dengan penuh zalim
sedangkan mangsa yang dibunuh tidak mengasari sesiapa sekalipun ke atas
mana-mana lelaki, perempuan, kanak-kanak, manusia bahkan ke atas haiwan?"
sepanjang Ramadhan (tahun lalu 2013), mereka berpuasa pada siang
hari dengan suhu yang panas, menghidupkan malamnya dengan bacaan Al-Quran dalam
solat yang panjang, bermula awal malam hingga akhirnya sambil berdoa dan
mengadu kepada Allah Taala.
Langsung tidak didapati pada orang yang menyertai demonstrasi
tersebut mengasari makhluk lain. Para pemuda pula akan memeriksa setiap mereka
yang memasuki (dataran) bagi memastikan tiada senjata yang dibawa masuk ke
dalam ataupun paling kurang sesuatu yang menyakitkan orang. Maka tiada
seorangpun dari kalangan mereka yang membawa pistol, pedang, pisau, tongkat
bahkan batu sepertimana batu yang digunakan oleh golongan kanak-kanak Palestin.
Lalu mereka ini dibunuh dan disembelih. Saya tidak katakan
sepertimana penyembelihan biri-biri bahkan lebih dahsyat dari itu. Ini kerana
biri-biri tidak akan disembelih melainkan selepas ditajamkan mata pisau dan
dalam keadaan yang baik sepertimana yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW,
"Sesungguhnya Allah menulis ihsan di atas setiap sesuatu. Maka apabila
kamu menyembelih makan sembelihlah dengan cara yang paling baik. Tajamkan mata
pisau dan elokkan sembelihannya."
Sesungguhnya telah dibunuh mereka itu di Pembunuhan Hadapan
Bangunan Pengawal Republik, di hadapan Tugu Peringatan, Pembunuhan terbesar di
dataran Masjid Raba'ah 'Adawiyah, di dataran Nahdhah di Giza (iaitu bertarikh
14 Ogos 2013), di Masjid Al-Fath di Ramsis, di Iskandariah, di Mansurah dan
lain-lain tempat di dalam negara.
Mereka itu, wahai Syeikh Al-Azhar dibunuh dengan sengaja dan
disebabkan permusuhan, dizalimi oleh sang penzalim, dikasari oleh kumpulan
toghut.
Firman Allah yang bermaksud, "Mereka yang melampau di dalam
negeri. Maka bertambah padanya kerosakan" (Surah Al-Fajr Ayat 11-12)
Paling mengerikan daripada banyak pembunuhan dan penyembelihan
ialah Penyembelihan Raba'ah (tanggal 14 Ogos 2013) yang dilakukan oleh As-Sisi,
pembesarnya, tentera dan polisnya. Mengetuai senarai ialah Menteri Dalam negeri
Mohammed Ibrahim yang mencetuskan satu medan peperangan besar yang tidak
sepatutnya berlaku. Tidak dapat digambarkan oleh saudara-saudara yang berada
dalam dataran ini sitausi ngeri ini, telah berlaku apa yang berlaku.
Kenapa dibunuh mereka sedangkan mereka langsung tidak
bersenjata? Langsung tidak berniat untuk menggunakan kekerasan atau keganasan?
Mereka telah mengumumkan di hari pertama mereka berkumpul bahawa revolusi
mereka aman dan selamat yang lebih ampuh daripada peluru-peluru.
Tiba-tiba himpunan aman tersebut dikejutkan dengan pertempuran
yang dahsyat yang dilakukan oleh sekumpulan besar tentera dari kanan dan kiri
mereka, dari Timur dan Barat, dari atas dan bawah. Melalui kereta kebal dan
perisai dari bawah, helikopter dan gas dari atas, pasukan penembak tepat
(Sniper) pula dari atas sutuh bangunan berhampiran yang mencungkil mata-mata,
merobek dada-dada dan perut-perut, membantai kepala-kepala dan leher-leher
manusia. Kita dapat saksikan ini dengan mata kepala kita melalui kaca-kaca
televisyen. Mereka ini melepaskan tembakan mensasarkan individu-individu di
dataran SAMBIL KETAWA MENGEJEK KEGEMBIRAAN dan MENGUNYAH GULA-GULA GETAH.
Bagaimana para pemuda dan orang yang merdeka dapat berhadapan
dengan kereta kebal, senjata automatik, kereta perisai, penembak tepat yang
bersenjata sedangkan mereka tidak memiliki senjata?
Maka para pemuda tidak mampu untuk melarikan diri dari medan
pertempuran lalu memaksa mereka memasuki dataran kerana keberadaan mereka
bertujuan untuk menyelamatkan saudara mereka yang lain, merawat saudara mereka
yang cedera, memberikan pelindungan kepada saudara mereka ataupun menyelamatkan
mangsa-mangsa yang dibunuh dari kejahatan pembunuh yang akan membakar apa sahaja
yang didapati di hadapan mereka.
Maka kekuatan tentera yang menakutkan itu telah membunuh,
menyembelih dan membakar tanpa mempedulikan sesiapa sama ada orang tua,
kanak-kanak ataupun wanita bahkan mereka yang cedera. Dan Allah menjadi saksi
atas apa yang berlaku. Manusia menyaksikan bagaimana ramai yang telah
merakamkan situasi-situasi sebegini. Terdapat mangsa-mangsa yang dibunuh
dipindahkan mayat mereka ke satu tempat yang jauh sedangkan mayat-mayat ini
gagal dikenalpasti identiti mereka.
Apa yang anda ingin katakan wahai Syeikh Al-Azhar, mereka yang
membunuh ini? Adakah mereka membunuh ini dengan tersilap dan tidak sengaja?
Adakah tentera dan askar, kumpulan samseng (baltoji) dan penembak tepat yang
menaiki kereta kebal dan perisai, memandu helikopter, yang memainkan senjata
dan senapang itu menembak mereka yang berada di dataran Raba'ah itu
"kerana tersilap"? Jika benar kerana tersilap dan tidak sengaja maka
wajib bagi pembunuh secara tidak sengaja itu membayar diyat (pampasan) kepada
keluarga mangsa. Sepertimana firman Allah Ta'ala:
"Dan tidak harus bagi seorang muslim membunuh muslim lain
melainkan dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh dengan tidak sengaja
maka wajiblah ia membayar dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta
membayar diyat (pampasan ganti nyawa) yang diserahkan kepada anggota keluarga
mangsa kecuali jika mereka memaafkan." (Surah An-Nisa' ayat 92)
Semua orang bercakap di jalan-jalanraya, manusia melihat dengan
jelas, didengari melalui telinga-telinga dan berkata semua ahli keluarga mangsa
yang dibunuh dan ditangkap: Bahawa pembunuhan ini dilakukan dengan sengaja yang
dibuat oleh As-Sisi, pembesarnya, polis dan tenteranya, sengaja menggunakan
kekuatan mereka, mengejek rakyat selain menghina kuasa Tuhan dan lupa
pembalasan di hari Kiamat.
Anggota keluarga mangsa syuhada' dan yang cedera menuntut
daripada anda wahai Syeikh Al-Azhar-yang mewakili umat Islam di negara ini
untuk mempertahankan dan menuntut hak mereka. Agar anda takut kepada Allah:
Agar anda memulakan seruan untuk dibicarakan para pembunuh dan anda jangan
melindungi mereka untuk mereka dihukum di dunia. Agar dapat dikenali siapa yang
memberikan arahan untuk membunuh? Melepaskan tembakan? Siapa yang mengetuai?
Siapa yang mengikuti? Siapa yang mengawal? Siapa yang melaksanakan? Tidak dapat
tidak mesti dibicarakan mereka semua di mahkamah yang terbuka.
Tidak dapat tidak rakyat Mesir mesti mengetahui: Kenapa ribuan
mereka itu dari kalangan rakyat tempatan dibunuh? Sedang mereka baik dari segi
akhlak, ibadat dan hubungan dengan manusia lain.
Semua mereka itu kalangan rakyat yang merdeka, berpuasa dan
berqiam, dibunuh dengan sengaja penuh dengan kezaliman dan permusuhan dendam.
Islam mengira bunuh salah satu daripada dosa-dosa besar,
perbuatan yang menjelekkan yang mengundang laknat Allah dan kemurkaanNya.
Firman Allah:
"Sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka
pembalasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya, maka Allah murka
kepadanya dan melaknatnya lalu dijanjikan baginya azab yang hebat." (Surah
An-Nisa' ayat 93)
"Sesiapa yang membunuh diri seseorang dengan tiada alasan
yang membolehkan membunuh orang itu atau kerana melakukan kerosakan di muka
bumi maka seolah-olahnya dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang
menjaga keselamatan hidup seseorang maka seolah-olah dia telah menjaga
keselamatan hidup semua manusia." (Surah Al-Maidah ayat 32)
Sabda Baginda Rasulullah SAW: "Seorang mukmin itu sentiasa
masih berada dalam ruangan agamanya selagimana dia tidak menumpahkan darah
secara haram."
Dan sabda Baginda lagi, "Hancurnya dunia ini lebih ringan
di sisi Allah daripada dibunuh seorang Muslim tanpa hak."
Al-Quran juga memberikan kefardhuan hukuman qisos sebelum
seksaan di akhirat dalam firmanNya; "Wahai sekalian orang yang beriman,
diwajibkan kepada kalian hukuman qisos dalam pembunuhan" (Surah Al-Baqarah
ayat 178)
Firman Allah lagi: "Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang
manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan hak. Dan sesiapa
yang dibunuh secara zalim maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya
berkuasa menuntut balas bunuh itu kerana sesungguhnya dia mendapat
sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum syarak) (Surah Al-Isra' ayat 33)
Terjemahan teks asal: Akhukum Abdul Malik
Sumber teks asal:https://www.facebook.com/alqaradawy/posts/785042528202480:0