Tuesday, June 24, 2014

APAKAH YANG DITUNTUT OLEH RAKYAT MESIR DARIPADA SYEIKH AL-AZHAR?

     


Banyak persoalan yang sampai kepada kami daripada individu-individu atau kumpulan-kumpulan daripada saudara kami warga Mesir yang telah hidup genap setahun di dalam suasana paling buruk yang dilalui oleh negara Mesir. Selepas dirampas pemerintahan awam yang berasaskan syura dan demokrasi yang dibina melalui pilihanraya yang telus dan bersih. Sehingga datang kudeta maka diculik Presiden yang sah, dirombak kerajaan yang sah, dimansuhkan perlembagaan lalu masuklah negara dalam tempoh kegelapan lagi kelam. Dihalau daripadanya setiap penyeru kepada kebenaran, keadilan dan kebaikan. Ramai orang yang dibunuh dengan sengaja, ditangkap, didera golongan lelaki, dicabul kehormatan golongan wanita.
Kemudian, datang pula hukuman yang zalim, iaitu gelombang hukuman mati yang menjangkaui para penentang kudeta hingga seorang yang dihukum mati bahkan ratusan nyawa hanya melalui satu atau dua perbicaraan tanpa dibaca secara jelas pertuduhan kepada mereka. Selain itu kempen yang dilancarkan oleh media jahat yang mengaitkan golongan yang dituduh dengan keganasan dan menuduh golongan penentang rampasan kuasa sebagai pengganas, yang meletakkan Mesir di bawah kuasa mereka, dengan kekuatan senjata. Mereka ini telah berusaha untuk mencipta Fir'aun yang baru, membelenggu sekalian rakyat Mesir.
Oleh kerana itu, mereka (kudeta) berkata, "Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmed Toyyib akan berusaha dan memenatkan jiwanya untuk mendapatkan diyat (pampasan) bagi anggota keluarga yang dibunuh sejak 25 Januari 2011 hingga hari ini dan dia mengandaikan demikian itu akan diredhai oleh keluarga mangsa dari apa yang menimpa anak-anak, saudara, ayah-ayah, suami-suami atau teman-teman mereka."
Setiap orang tahu bahawa mangsa yang dibunuh keluar dari rumah mereka dengan tiada senjata di tangannya, tiada tongkat, bahkan tiada langsung niat untuk memukul seseorang dengan pukulan paling perlahan, bahkan mereka keluar untuk menyertai orang yang berpuasa di tengah hari yang panas terik dalam bantahan. Menyertai mereka di malam hari awal dan akhirnya dengan qiamullail yang penuh khusyuk kepada Allah dengan keimanan dan mengharapkan keampunanNya.
Suka kiranya saya sepertimana kebanyakan warga Mesir yang lain, warga Arab dan Islam sekalian untuk kami bertanya kepada Syeikh Al-Azhar untuk berusaha bagi melaksanakan hukum syarak dan undang-undang Islam yang difardhukan oleh Allah kepada manusia dalam bab pertumpahan darah tanpa hak.
"Adakah keluarga mangsa yang dibunuh telah memberikan mandat kepada Syeikh Al-Azhar ataupun beliau sendiri melantik diri beliau menggantikan keluarga mangsa ini? Adakah keluarga mangsa bunuh tersebut berkata "Kami menerima diyat (pampasan) atas pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan?"
Apakah diyat tersebut? Adapun diyat di sisi syarak ialah 100 ekor unta yang tidak kurang umurnya daripada 5 tahun, nilai setiap ekor unta tidak kurang LE 15,000 (kira-kira RM 8,000) iaitu seorang mangsa perlu dibayar LE 1,500,000. Ini adalah diyat bagi pembunuhan yang tidak sengaja.
Adapun pembunuhan sengaja berniat untuk membunuh, jika keluarga mangsa menerima untuk berdamai (iaitu tidak mahu qisos) maka diyat (pampasan) yang ditetapkan ialah jumlah yang akan ditentukan oleh keluarga mangsa mengikut kehendak mereka sendiri.
Pernahkah Syeikh Azhar bertanya ulamak disekeliling beliau: "Apakah hukum darah yang ditumpahkan tanpa hak di Mesir, khasnya pembunuhan yang melibatkan ribuan nyawa dengan sengaja dengan penuh zalim sedangkan mangsa yang dibunuh tidak mengasari sesiapa sekalipun ke atas mana-mana lelaki, perempuan, kanak-kanak, manusia bahkan ke atas haiwan?"
sepanjang Ramadhan (tahun lalu 2013), mereka berpuasa pada siang hari dengan suhu yang panas, menghidupkan malamnya dengan bacaan Al-Quran dalam solat yang panjang, bermula awal malam hingga akhirnya sambil berdoa dan mengadu kepada Allah Taala.
Langsung tidak didapati pada orang yang menyertai demonstrasi tersebut mengasari makhluk lain. Para pemuda pula akan memeriksa setiap mereka yang memasuki (dataran) bagi memastikan tiada senjata yang dibawa masuk ke dalam ataupun paling kurang sesuatu yang menyakitkan orang. Maka tiada seorangpun dari kalangan mereka yang membawa pistol, pedang, pisau, tongkat bahkan batu sepertimana batu yang digunakan oleh golongan kanak-kanak Palestin.
Lalu mereka ini dibunuh dan disembelih. Saya tidak katakan sepertimana penyembelihan biri-biri bahkan lebih dahsyat dari itu. Ini kerana biri-biri tidak akan disembelih melainkan selepas ditajamkan mata pisau dan dalam keadaan yang baik sepertimana yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah menulis ihsan di atas setiap sesuatu. Maka apabila kamu menyembelih makan sembelihlah dengan cara yang paling baik. Tajamkan mata pisau dan elokkan sembelihannya."
Sesungguhnya telah dibunuh mereka itu di Pembunuhan Hadapan Bangunan Pengawal Republik, di hadapan Tugu Peringatan, Pembunuhan terbesar di dataran Masjid Raba'ah 'Adawiyah, di dataran Nahdhah di Giza (iaitu bertarikh 14 Ogos 2013), di Masjid Al-Fath di Ramsis, di Iskandariah, di Mansurah dan lain-lain tempat di dalam negara.
Mereka itu, wahai Syeikh Al-Azhar dibunuh dengan sengaja dan disebabkan permusuhan, dizalimi oleh sang penzalim, dikasari oleh kumpulan toghut.
Firman Allah yang bermaksud, "Mereka yang melampau di dalam negeri. Maka bertambah padanya kerosakan" (Surah Al-Fajr Ayat 11-12)
Paling mengerikan daripada banyak pembunuhan dan penyembelihan ialah Penyembelihan Raba'ah (tanggal 14 Ogos 2013) yang dilakukan oleh As-Sisi, pembesarnya, tentera dan polisnya. Mengetuai senarai ialah Menteri Dalam negeri Mohammed Ibrahim yang mencetuskan satu medan peperangan besar yang tidak sepatutnya berlaku. Tidak dapat digambarkan oleh saudara-saudara yang berada dalam dataran ini sitausi ngeri ini, telah berlaku apa yang berlaku.
Kenapa dibunuh mereka sedangkan mereka langsung tidak bersenjata? Langsung tidak berniat untuk menggunakan kekerasan atau keganasan? Mereka telah mengumumkan di hari pertama mereka berkumpul bahawa revolusi mereka aman dan selamat yang lebih ampuh daripada peluru-peluru.
Tiba-tiba himpunan aman tersebut dikejutkan dengan pertempuran yang dahsyat yang dilakukan oleh sekumpulan besar tentera dari kanan dan kiri mereka, dari Timur dan Barat, dari atas dan bawah. Melalui kereta kebal dan perisai dari bawah, helikopter dan gas dari atas, pasukan penembak tepat (Sniper) pula dari atas sutuh bangunan berhampiran yang mencungkil mata-mata, merobek dada-dada dan perut-perut, membantai kepala-kepala dan leher-leher manusia. Kita dapat saksikan ini dengan mata kepala kita melalui kaca-kaca televisyen. Mereka ini melepaskan tembakan mensasarkan individu-individu di dataran SAMBIL KETAWA MENGEJEK KEGEMBIRAAN dan MENGUNYAH GULA-GULA GETAH.
Bagaimana para pemuda dan orang yang merdeka dapat berhadapan dengan kereta kebal, senjata automatik, kereta perisai, penembak tepat yang bersenjata sedangkan mereka tidak memiliki senjata?
Maka para pemuda tidak mampu untuk melarikan diri dari medan pertempuran lalu memaksa mereka memasuki dataran kerana keberadaan mereka bertujuan untuk menyelamatkan saudara mereka yang lain, merawat saudara mereka yang cedera, memberikan pelindungan kepada saudara mereka ataupun menyelamatkan mangsa-mangsa yang dibunuh dari kejahatan pembunuh yang akan membakar apa sahaja yang didapati di hadapan mereka.
Maka kekuatan tentera yang menakutkan itu telah membunuh, menyembelih dan membakar tanpa mempedulikan sesiapa sama ada orang tua, kanak-kanak ataupun wanita bahkan mereka yang cedera. Dan Allah menjadi saksi atas apa yang berlaku. Manusia menyaksikan bagaimana ramai yang telah merakamkan situasi-situasi sebegini. Terdapat mangsa-mangsa yang dibunuh dipindahkan mayat mereka ke satu tempat yang jauh sedangkan mayat-mayat ini gagal dikenalpasti identiti mereka.
Apa yang anda ingin katakan wahai Syeikh Al-Azhar, mereka yang membunuh ini? Adakah mereka membunuh ini dengan tersilap dan tidak sengaja? Adakah tentera dan askar, kumpulan samseng (baltoji) dan penembak tepat yang menaiki kereta kebal dan perisai, memandu helikopter, yang memainkan senjata dan senapang itu menembak mereka yang berada di dataran Raba'ah itu "kerana tersilap"? Jika benar kerana tersilap dan tidak sengaja maka wajib bagi pembunuh secara tidak sengaja itu membayar diyat (pampasan) kepada keluarga mangsa. Sepertimana firman Allah Ta'ala:
"Dan tidak harus bagi seorang muslim membunuh muslim lain melainkan dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh dengan tidak sengaja maka wajiblah ia membayar dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar diyat (pampasan ganti nyawa) yang diserahkan kepada anggota keluarga mangsa kecuali jika mereka memaafkan." (Surah An-Nisa' ayat 92)
Semua orang bercakap di jalan-jalanraya, manusia melihat dengan jelas, didengari melalui telinga-telinga dan berkata semua ahli keluarga mangsa yang dibunuh dan ditangkap: Bahawa pembunuhan ini dilakukan dengan sengaja yang dibuat oleh As-Sisi, pembesarnya, polis dan tenteranya, sengaja menggunakan kekuatan mereka, mengejek rakyat selain menghina kuasa Tuhan dan lupa pembalasan di hari Kiamat.
Anggota keluarga mangsa syuhada' dan yang cedera menuntut daripada anda wahai Syeikh Al-Azhar-yang mewakili umat Islam di negara ini untuk mempertahankan dan menuntut hak mereka. Agar anda takut kepada Allah: Agar anda memulakan seruan untuk dibicarakan para pembunuh dan anda jangan melindungi mereka untuk mereka dihukum di dunia. Agar dapat dikenali siapa yang memberikan arahan untuk membunuh? Melepaskan tembakan? Siapa yang mengetuai? Siapa yang mengikuti? Siapa yang mengawal? Siapa yang melaksanakan? Tidak dapat tidak mesti dibicarakan mereka semua di mahkamah yang terbuka.
Tidak dapat tidak rakyat Mesir mesti mengetahui: Kenapa ribuan mereka itu dari kalangan rakyat tempatan dibunuh? Sedang mereka baik dari segi akhlak, ibadat dan hubungan dengan manusia lain.
Semua mereka itu kalangan rakyat yang merdeka, berpuasa dan berqiam, dibunuh dengan sengaja penuh dengan kezaliman dan permusuhan dendam.
Islam mengira bunuh salah satu daripada dosa-dosa besar, perbuatan yang menjelekkan yang mengundang laknat Allah dan kemurkaanNya.
Firman Allah:
"Sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka pembalasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya, maka Allah murka kepadanya dan melaknatnya lalu dijanjikan baginya azab yang hebat." (Surah An-Nisa' ayat 93)
"Sesiapa yang membunuh diri seseorang dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau kerana melakukan kerosakan di muka bumi maka seolah-olahnya dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup semua manusia." (Surah Al-Maidah ayat 32)
Sabda Baginda Rasulullah SAW: "Seorang mukmin itu sentiasa masih berada dalam ruangan agamanya selagimana dia tidak menumpahkan darah secara haram."
Dan sabda Baginda lagi, "Hancurnya dunia ini lebih ringan di sisi Allah daripada dibunuh seorang Muslim tanpa hak."
Al-Quran juga memberikan kefardhuan hukuman qisos sebelum seksaan di akhirat dalam firmanNya; "Wahai sekalian orang yang beriman, diwajibkan kepada kalian hukuman qisos dalam pembunuhan" (Surah Al-Baqarah ayat 178)

Firman Allah lagi: "Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan hak. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas bunuh itu kerana sesungguhnya dia mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum syarak) (Surah Al-Isra' ayat 33)

Terjemahan teks asal: Akhukum Abdul Malik

Tuesday, May 27, 2014

Israk dan Mikraj: Palestin sedang memanggil


USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL | .


JIKA motif peristiwa al-Israk wa al-Mikraj adalah hanya untuk urusan peribadi antara Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam dengan Tuhannya, nescaya perjalanan boleh berlaku secara langsung dari al-Masjid al-Haram di Mekah ke Sidrah al-Muntaha, tanpa perlu ‘transit’ di al-Masjid al-Aqsa di Palestin. Akan tetapi, persinggahan di bumi Palestin pada kejadian luar biasa berkenaan, mempunyai signifikasi yang perlu hidup hingga ke akhir zaman, sebagai kelangsungan nilai Palestin sebelum-sebelumnya.

Allah bukan sahaja menyebut tentang al-Masjid al-Aqsa, tetapi mengiringinya dengan karakter khusus bahawa lokasi di mana masjid itu berada, persekitarannya adalah persekitaran yang diberkati. Kawasan persekitaran itu umumnya diertikan oleh para ulama zaman-berzaman sebagai merujuk kepada kawasan yang dikenali pada zaman Wahyu sebagai Syam, merangkumi daerah-daerah di negeri Palestin, Syria, Jordan, Lubnan dan sekitarnya.

Hubungan antara al-Masjid al-Haram dengan al-Masjid al-Aqsa itu penting.

Kepentingannya boleh difahami, dengan menjejak sebutan keberkatan bumi Palestin yang diulang-ulang sebanyak enam kali oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

ENAM KALI BARAKAH

Turutan pertama, berdasarkan zaman kejadian (bukan kronologi turun ayat), ialah semasa Allah menyebut tentang hijrah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut AS ke bumi Palestin.

“Dan Kami selamatkan beliau (Ibrahim) dan Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.” [Al-Anbiya' 21: 71]

Kemudian, Allah menyebutnya sekali lagi semasa mengungkapkan tentang Ibrahim dan zuriatnya Ishaq, penghuni bumi Palestin yang diberkati-Nya.

“Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh. Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.” [al-Saaffaat 37: 112-113]

Ia dituruti pula dengan pengkisahan Allah SWT tentang Musa yang bersama Bani Israel, mendatangi bumi Palestin yang Allah berkati.

“Dan Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya, yang Kami telah melimpahkan berkat padanya dan telah sempurnalah Kalimah Allah (janji-Nya) yang baik kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka (semasa mereka ditindas oleh Firaun), dan Kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang mereka telah dirikan (dari bangunan-bangunan yang tinggi).” [al-A'raf 7: 137]

Sekali lagi, Allah mengulang sebut tentang Palestin yang Dia berkata, pada era pemerintahan Nabi Sulaiman ‘alayhi al-Salam.

“Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” [al-Anbiya' 21: 81]

Pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman, Palestin itu berada di bawah pentadbiran baginda. Manakala wilayah Hijaz, tempat terletaknya al-Masjid al-Haram, adalah wilayah di bawah pemerintahan seorang ratu yang tidak beriman dengan Allah, dikenali sebagai Ratu Saba’. Apabila Ratu Saba’ menerima dakwah Sulaiman dan seterusnya membawa pemerintahannya kepada Tauhid, Mekah dan Palestin bersatu kembali.

Daerah itu menjadi daerah yang aman.

Pada rentetan kejadian itu, Allah mengulang sebut Palestin sebagai bumi yang diberkati.

“Dan di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu) dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman.” [Saba' 34: 18]

Al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa itu dalam suasana kuatnya Tauhid dalam pegangan ummah, ia bersatu. Ketika agama jadi celaru, Syirik dan Jahiliah menguasai kehidupan, dua daerah yang mulia itu terpisah.

Kali keenam, Allah menyebut tentang hubungan di antara al-Masjid al-Haram dengan al-Masjid al-Aqsa di Palestin, sekali lagi sebagai bumi yang diberkati, yakni di dalam peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari al-Masjid al-Haram (di Mekah) ke al-Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”  [al-Isra' 17: 1]

DIMENSI KEBERKATAN PALESTIN

Keberkatan Palestin itu ada yang dipandang dari sudut suburnya ia sebagai tanah pertanian. Sudah tentu tanaman utamanya adalah buah Tin dan buah Zaitun. Ketika mana Allah SWT bersumpah dengan buah Tin dan buah Zaitun  di dalam surah al-Tin, Ibn Kathir menukilkan pendapat Ka’ab al-Ahbar bahawa yang dimaksudkan dengan buah Tin itu sebagai metafora kepada Masjid di Dimashq manakala zaitun adalah Masjid di Palestin.

Ada yang memandang keberkatan Palestin itu pada sejarahnya bahawa semua Nabi dan Rasul yang kita ketahui, jika tidak bermastautin di Palestin sekali pun, mereka pernah menziarahinya, termasuk Nabi Muhammad SAW di dalam peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj.

Bumi itu juga dipandang keberkatannya, pada makmurnya ialah dengan para sarjana Islam zaman berzaman. Abu ‘Abdillah Muhammad ibn Idris al-Shafi’e (767 — 820 CE / 150 — 204 AH) juga merupakan anak kelahiran Gaza di Palestin.

Namun, setiap kali Allah menyebut tentang keberkatan Palestin, Allah menyebutnya dalam konteks pemerintahan oleh para Nabi dan Rasul. Keberkatan Palestin itu juga kelihatan pada siyadah atau kedaulatannya di sepanjang sejarah yang dicatat oleh manusia. Pada satu-satu masa, kuasa yang memerintah Palestin, ketika itulah ia menjadi kuasa besar, bukan setakat di rantau persekitaran malah menjadi kuasa besar dunia.



Bukan sahaja pada era pra Islam, apabila Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu memasukkan Palestin ke wilayah Islam pada tahun 16H, eranya menjadikan Islam bukan lagi sekadar kuasa politik Semenanjung Tanah Arab, sebaliknya menjadi kuasa besar dunia yang menumbangkan Empayar Parsi yang berdiri zaman-berzaman.

Satu kuasa demi kuasa memerintah Palestin.

Ada yang memerintah dengan adil.

Ada yang memerintah secara zalim dan penindasan.

Bergilir-gilir antara kuatnya pengaruh Tauhid, dengan besarnya gelombang Riddah dan Syirik.

Selepas Palestin beralih tangan daripada Dawlah Uthmaniyyah yang mentadbirnya semenjak tahun 1517 di bawah pemerintahan Sultan Selim I, British mentadbir bumi itu dengan mandat oleh League of Nation, dan akhirnya jatuh ke tangan Yahudi Zionis secara rasminya pada tahun 1948.

Semenjak itu, hingga ke detik ini, Lobi Yahudi Zionis itulah kuasa besar dunia, dengan pelbagai makar mereka di Palestin, dan empat penjuru alam.

TADABBUR SURAH AL-ISRA’

Untuk lebih memahami akan Palestin daripada suluhan al-Quran, marilah kita bertadabbur dengan ayat-ayat al-Quran yang membicarakan tentang Palestin, dalam suasana al-Israk wa al-Mikraj.

Allah menyatakan bahawa kaum Yahudi itu banyak melakukan kerosakan. Namun dalam banyak-banyak kerosakan itu, ada dua kerosakan besar, termaktub di dalam Taurat, dan ditegaskan lagi di dalam al-Quran. Firman-Nya:

“Dan Kami khabarkan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.” [al-Isra' 17: 4]

Ayat ini menimbulkan kemusykilan bagi ilmuwan silam kita pada menentukan apakah maksud dua kerosakan itu. Mungkin ia berpunca daripada zaman tersebut yang mana orang Yahudi berada pada kedudukan sosial yang rendah. Tidak terbayang akan mereka itu sebagai kuasa besar dunia. Dalam persekitaran sebegini, al-Imam al-Tabari mengemukakan pendapat bahawa dua kerosakan besar yang dimaksudkan dengan ayat ini merujuk kepada kerosakan yang pernah dilakukan oleh orang Yahudi pada zaman Islam iaitu kali pertamanya, semasa mereka membunuh Nabi Zakaria alayhi al-Salam, dan kali keduanya, semasa mereka membunuh Nabi Yahya, alayhi al-Salam.

Tafsiran itu disemak kembali oleh ilmuwan semasa, yang menyaksikan kebangkitan Yahudi sebagai kuasa besar dunia.

Sheikh Solah ‘abd al-Fattah al-Khalidi di dalam bukunya(Kanan) al-Haqa’iq al-Qur’aniyyah hawla al-Qadhaya al-Filistiniyyah (Hakikat-hakikat al-Quran Seputar Isu-isu Palestin) berpendapat bahawa kita tidak terikat dengan tafsiran berkenaan, dan dalam masa yang sama sangat menghormati para ilmuwan silam dengan ijtihad mereka. Berdasarkan karakter kerosakan yang disebutkan, bahawa ia terjadi dalam keadaan Yahudi itu bersikap sebagai sebuah kuasa yang angkuh, Sheikh Solah berpendapat kerosakan pertama yang dimaksudkan di dalam ayat berkenaan merujuk kepada kerosakan yang mereka lakukan di zaman Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam.

Kehadiran mereka ke Semenanjung Tanah Arab selepas diusir dari wilayah Greco Roman Civilization, membawa kepada mastautin mereka di Yathrib dan sekitarnya. Mereka melaga-lagakan bangsa Arab yang menghuni wilayah itu agar sentiasa bermusuhan. Selepas hijrah Nabi sallallahu alayhi wa sallam ke Madinah, mereka diberi peluang untuk sama-sama hidup dalam rukun sosial yang sejahtera, namun Yahudi meneruskan tradisi makar mereka melanggar perjanjian demi perjanjian.

Kejahatan pusingan pertama ini tamat, sebagaimana yang Allah ungkapkan dalam ayat yang berikutnya:

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.” [al-Isra' 17: 5]

Kejahatan itu ditamatkan di Madinah oleh kehadiran Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam dan para sahabat bersama baginda, menumpaskan kaum perosak yang khianat dan melakukan pelbagai konspirasi. Ia disempurnakan pula pada penyingkiran sepenuhnya kaum itu daripada Semenanjung Tanah Arab, pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu.

Sabda baginda:

“Tidak berhimpun di Semenanjung Tanah Arab dua agama” 

PUSINGAN KEDUA KEJAHATAN

Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi menegaskan bahawa kita umat Islam pada hari ini hidup pada zaman Yahudi melakukan kerosakan kedua. Kerosakan yang berlarutan pada akhir zaman. Selepas merempat zaman-berzaman, Yahudi bangkit, membentuk kuasa politik mereka dan beroleh Palestin sebagai penempatan haram dengan menekan, menyeksa dan berusaha menghapus sepenuhnya sesiapa sahaja yang berada di perjalanan mereka mencapai cita-cita.

Firman Allah:

“Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.” [al-Isra' 17: 6]

Hikmahnya besar, pada Allah menyatakan kriteria khusus kepada pusing kedua kejahatan Yahudi ini. Agar kita kenal dan sedar sepenuh sedar bahawa kita hidup di zaman kejadian itu berlangsung. Agar dalam bencana maha besar dalam kerosakan oleh Yahudi pada pusingan kedua ini, kita tidak putus harapan, ada pedoman, dan punya pelan untuk bangkit membela.

Allah menyatakan bahawa ketika Yahudi pada pusingan kedua kerosakan mereka, mereka melakukan sebagai sebuah kuasa yang kuat, tetapi kekuatan mereka diperpanjangkan dari luar. Perkataan ( وَأَمۡدَدۡنَـٰكُم) termasuk di dalam lata’if al-Quran, kehalusan pengungkapan makna, bahawa kali ini, Yahudi gagah bukan berbekalkan kekuatan yang ada bersamanya, tetapi kekuatan harta dan anak-pinak (manpower) itu diperpanjangkan dari luar.

Ada pihak luar yang membantu.

Siapakah mereka?

Pepatah Melayu menyebut, “kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu!”

Sudah tentu, kuasa yang membantu Zionis di Palestin itu adalah Amerika Syarikat!

Amerika itulah sumber kekuatan Zionis di Palestin.

Di halaman web yang memantau secara spesifik akan hal ini, www.ifamericansknew.org menyatakan bahawa dana kewangan yang disalurkan oleh Amerika Syarikat kepada sekutu  Zionisnya di Palestin bagi tahun kewangan 2013 adalah sebanyak  USD8.5 juta SEHARI! Ia telah meningkat berbanding USD7 juta sehari pada tahun 2010.

Bagaimana USA boleh melakukannya?

Dengan restu rakyatnya sendiri?

Kaya benarkah Amerika Syarikat untuk begitu bermurah hati menyalurkan dana segergasi itu ke ‘Israel’?

KAWALAN PERSEPSI

Antara jawapan yang boleh kita pertimbangkan adalah pada kawalan persepsi oleh media USA dalam melaporkan isu Palestin.

Kata Edward Said:

It is only a slight overstatement to say that Muslims and Arabs are essentially covered, discussed, and apprehended either as oil suppliers or as potential terrorists…What we have instead is a limited series of crude, essentialized caricatures of the Islamic world presented in such a way as, among other things, to make that world vulnerable to military aggression. (Said 1981: 28)

Media di Amerika Syarikat bersikap sangat selektif dalam memilih istilah-istilah yang berbentuk neutral untuk menggambarkan apa yang berlaku di Palestin.

Orientalis seperti Bernard Lewis pula begitu licik melalui dapatan-dapatannya dalam kajian Sejarah Islam, mengemukakan kesimpulan yang secara subliminal meremehkan masalah yang berlaku di Palestin. Misalnya di dalam karya beliau, The Roots of Muslim Rage, Bernard Lewis mahu membuktikan bahawa orang Arab, Muslim, mereka itu marah-marah, sebab mereka memang suka marah. Agama mereka mengandungi mesej dan pengajaran yang menjadikan mereka begitu.

Apabila sesuatu terjadi di Palestin, umat Islam bangkit membantah, mungkin berdemonstrasi di jalanan, melalui cermin mata Bernard Lewis ia dipandang sebagai “tidak mengapa, tiada apa-apa isu sebenarnya. Mereka marah sebab mereka memang macam itu”

Kerana itu, Bernard Lewis mengulas strategi Bernard Lewis ini dengan berkata:

“The Roots of Muslim Rage” is a crude polemic devoid of historical truth, rational argument, or human wisdom. It attempts to characterize Muslims as one terrifyingly collective person enraged at an outside world that has disturbed his almost primeval calm and unchallenged rule. (Said 1981: xxxii)

Dalam usaha kita mengubah nasib semua golongan yang tertindas di bumi Palestin, salah satu ikhtiar yang diperlukan adalah mengubah kefahaman rakyat Amerika Syarikat tentang isu Palestin. Untuk tujuan ini, kita mengucapkan syabas kepada umat Islam yang tinggal di sana, mereka melalui dakwah dan gerakan intelektual mereka melakukan pelbagai usaha berkaitan dengan hal ini. Demikian juga non Muslim seperti John Esposito, Karen Armstrong, Alison Weir dan mendiang Edward Said yang bekerja keras untuk berbicara dengan ‘bahasa’ yang difahami oleh rakyat dan penggubal dasar di Amerika Syarikat tentang realiti sebenar di Palestin.

Sebagaimana kejahatan pertama kaum Yahudi itu berakhir, pusingan kedua ini juga ada kesudahannya.

Firman Allah SWT:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan) dan untuk memasuki Masjid (al-Masjid al-Aqsa) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [al-Isra' 17: 7]

Kuasa Yahudi Zionis itu akan ditumpaskan.

Itu janji Allah.

Kemenangan akan dicapai.

Namun kemenangan itu ada kriterianya.

Allah menyebut di dalam ayat 7 surah al-Israk itu tadi, bahawa kemenangan itu, akan memberi laluan kepada para pemenang masuk ke wilayah al-Masjid al-Aqsa sebagaiman mereka masuk kali pertama dahulu!

Apakah kualiti para sahabat yang masuk ke al-Masjid al-Aqsa dahulu?

Mereka adalah benchmark.

Sehingga tentera pembebasan Palestin itu sama kualitinya dengan tentera pusingan pertama dahulu, barulah kemenangan itu tercapai, dengan izin-Nya.

“Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat) dan jika kamu kembali , maka Kami pula akan kembali ; dan kami telah jadikan Neraka: Penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).” [al-Isra' 17: 8]

Usaha membebaskan Palestin penuh tragedi.

Penuh derita.

Penuh darah, peluh dan air mata.

Mudah-mudahan Tuhan kamu mengasihanimu.

Dan paling utama, jika kamu kembali, Allah akan kembali!

Jika Yahudi kembali melakukan kerosakan, Allah akan kembali musnahkan mereka.

Jika Muslim kembali kepada agama mereka, Allah akan kembali menangkan mereka.

Palestin sedang memanggil Muslim, kembali kepada Islam.

Kembalilah!

http://saifulislam.com/

Wednesday, May 21, 2014

Review : Man Of Steel


Kalau korang rasa Iron Man 3 sudah memenuhi tuntutan korang untuk lihat aksi non stop, korang silap. Nampaknya summer belum habis dengan kebangkitan filem filem aksi yang makin menyerang. Ada yang menjadi, dan ada yang tidak. Man of Steel, olahan terbaru Superman ini tidak mampu aku ucapkan bagaimana perasaannya. Ianya sangat sangat jauh dari Tony Stark. Ah, kalau dibandingkan dengan tradisi filem superhero 2013, Man of Steel adalah satu kegilaan pembikin Hollywood! 

Filem ni lebih gila dari Iron Man 3, dari segi aksinya. Malah, filem ini lebih teruk ketidak logikannya daripada Fast and Furious 6. Alah, filem untuk berhibur, jadi have fun!. Tambah lagi, kemusnahan harta bendanya lebih banyak dari The Avengers dan juga Transformers! Pendek kata Man of Steel bercerita tentang besi. Dan korang dapat bayangkanlah bagaimana ‘orang besi’ akan ‘memusnahkan’ harta benda semasa menyelamatkan dunia. Cuma bagusnya filem ni, ia tak lupa untuk meletakkan nilai kehidupan dalam hiburannya.

Zack Snyder, lelaki di sebalik Sucker Punch (2011) dan 300 (2006) meletakkan satu aras baru kepada filem Superman. Bagi yang mengenali gaya filemnya pasti dapat mengagak bagaimana Man of Steel akan jadi. Iyalah, akan banyak visual efek, visual yang sangat ohsem, dan kerja kerja yang memang memerlukan kepakaran tinggi. Perhatikan saja bagaimana efek Superman, visual Krypton dan pertarungan aksinya yang gila babas canteeek!

Dari segi penceritaannya, Man of Steel tidak ketinggalan mengikut tradisi Nolan. Man of Steel sebenarnya mengikut jejak The Dark Knight. Anda akan sedar endingnya yang berbentuk surprise yang akan membuatkan korang faham apa yang nak disampaikan. Filem ini adalah cebisan kisah yang tersembunyi yang berlaku diantara Smallville dan juga filem filem Superman yang lain. Dan pastinya, disebabkan ianya kisah tersembunyi yang baru sekarang ‘dijumpai’, 

Man of Steel lari jauh dari tipikal superhero. Man of Steel adalah kisah peribadi Clark Kent. Filem ni sebenarnya tidak bergantung sepenuhnya kepada watak superhero itu untuk memperkembangkan watak. Clack Kent dibina dengan emosi dan juga kisah hidup yang sebenarnya bercerita tentang sisi dirinya yang fresh dan segar. Snyder menghimpunkan kisah Kent dalam siri flashback dari masa ke semasa. Sekaligus, filem ni tidaklah memberikan masa menunggu yang lama untuk beraksi! 

Aksi tanpa henti adalah pada 1 jam 20 minit terakhir. Itu pasti! Apa ada pada 1 jam pertama? Tipikal Nolan lah! Nolan selaku pemegang idea dan penerbit nampaknya tidak meninggalkan elemen yang ada dalam trilogy Batman. Sejam pertama, kisahnya lebih kepada drama. Namun, dramanya adalah satu dua aksi. Dan dengan visual yang cantik dan tertarik, drama sejam pertama menjadi. 

Expect the unexpected! Aku tak sangka pula Snyder mahu meranapkan seluruh Metropolis sehinggakan aku rasa Michael Bay tunduk rebah sebab dia ingatkan dia dah musnahkan Chicago semaksima mungkin. Malah, Joss Whedon juga akan rasa geram sebab kerosakan New York rasanya baru hujung jari dari apa yang ditonjolkan dalam filem Man of Steel. 

Apa yang aku nampak, Man of Steel adalah Superman yang penuh science-fiksyen. Babak pembukaannya sudah mengingatkan aku kepada Prometheus dan juga beberapa filem si fi lain. Visualnya menakjubkan dan indah. Dan penghayatan yang diberikan kepada Krypton itu sungguh meyakinkan. Superman dalam filem ini diberi emosi supaya penonton rasa simpati. Dan ya, emosi itu berjaya dimainkan dengan sempurna. 

Henry Cavill sesuai dengan watak. Namun, aku tak nampak sisi emosinya yang aku mahu. Namun, aksi gempak filem ni berjaya buatkan aku abaikan hal itu. Amy Adams berjaya menjauhkan tipikal Lois Lane. Malah watak Russell Crowe itu sendiri memberi bahan tambah yang cukup istimewa untuk Man of Steel. Keseluruhannya, ah, tak payah pentingkan lakonan, visualnya dah menakjubkan! 

Cuma satulah yang aku kurang suka tentang filem ni. Filem ni telah menunjukkan yang Hollywood dah tak ada idea lain selain alien nak takluk bumi. Michael Bay dah buat! Whedon dah buat! Sekarang Snyder pulak. Ni berlawan siapa hebat ke apa? Tapi takpelah. Asalkan ceritanya masing masing ada keistimewaan sendiri sudah. Ye dak?

Perhatikan aksi di sejam setengah akhir filem ni. Aksi tanpa henti dengan visual menakjubkan terus mengingatkan aku kepada kemusnahan Chicago didalam TF3. Namun, Snyder tidak melalut lama sangat. Namun, aksinya pasti buat orang yang mahu logik rasa macam serba tak kena. Jadi, aku sarakan buang logika jauh jauh dan berhibur dengan kemusnahan yang disajikan. Nasib baik aksinya ada one to one fight scene, kalau tak memang out of focus lah ending filem ni! 

Dengan gabungan Snyder, Nolan dan yang paling penting iaitu muzik skor trademark Hans Zimmer, filem ni amat sama kualitinya seperti menonton Inception, dan The Dark Knight. Itu pasti. Cuma in the end, aku tertanya tanya satu soalan. Macam mana bumi nak menjadi normal semula selepas kemusnahan segila ‘kiamat’ itu berlaku? Oh, dan satu lagi, heran juga ya kain merah kat belakang Superman tu tak carik carik walaupun berlawan sampai musnah satu bandar! Haha..   

Monday, May 19, 2014

MANUSIA TERAKHIR YANG BERADA DI MUKA BUMI ADALAH MANUSIA TERBURUK


Sebagaimana dijelaskan di atas bahwa manusia yang akan mengalami kiamat adalah manusia terkutuk karena mereka menyembah berhala, menyekutukan Allah, dan ingkar terhadap nikmat nikmat Allah. Mereka tidak lagi mencegah kemungkaran, gemar berbuat dosa, tidak mengerjakan sesuatu kecuali yang membuat Allah murka, dan senantiasa meremehkan perbuatan dosa dosa tersebut.
Dari keterangan di atas, dapat diketahui bahwa orang orang yang akan mengalami kiamat adalah orang orang yang paling jahat, sesat, dan kufur, dan mereka yang lebih layak dimasukkan ke neraka pada hari kiamat kelak.
صحيح مسلم ١٦٨: حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ الضَّبِّيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ وَأَبُو عَلْقَمَةَ الْفَرْوِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا صَفْوَانُ بْنُ سُلَيْمٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَلْمَانَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ رِيحًا مِنْ الْيَمَنِ أَلْيَنَ مِنْ الْحَرِيرِ فَلَا تَدَعُ أَحَدًا فِي قَلْبِهِ قَالَ أَبُو عَلْقَمَةَ مِثْقَالُ حَبَّةٍ و قَالَ عَبْدُ الْعَزِيزِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ إِيمَانٍ إِلَّا قَبَضَتْهُ
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Abdah adl-Dlabbi telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Muhammad dan Abu Alqamah al-Farwi keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Shafwan bin Sulaim dari Abdullah bin Salman dari bapaknya dari Abu Hurairah dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah akan menghembuskan angin yang sangat lembut, selembut sutera dari arah Yaman, ia tidak akan melewati seseorang yang di dalam hatinya terdapat -Abu Alqamah berkata- seberat biji-bijian, -sedangkan Abdul Aziz berkata; seberat biji sawi- dari keimanan kecuali Allah akan mewafatkannya.” (Shahih Muslim)
Dalam hadis lain, Diriwayatkan dari An Nuwwas bin Sam’an ra bahwa Rasulullah SAW bersabda ,” Ketika mereka dalam keadaan demikian, tiba tiba Allah mengutus angin sejuk yang mencabut setiap jiwa manusia yang memiliki keimanan dan tinggallah manusia kufur dan jahat. Maka, kiamat pun datang menghantam mereka.” (HR Ahmad dalam musnadnya dan Muslim dalam Shahihnya)
Mereka itu disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai generasi manusia terburuk di sisi Allah. Mereka lebih rendah dari binatang sekalipun. Allah telah memberikan anugerah yang banyak kepada mereka hingga mereka hidup berkecukupan, tetapi kemapanan dalam kehidupan itu tidak membuat mereka bersyukur. Mereka mengingkari kenikmatan kenikmatan tersebut dengan banyak melakukan maksiat dan kekufuran.
Allah SWT berfirman ‘
2:15
…dan membiarkan mereka terombang ambing dalam kesesatan (QS Albaqarah 15)
Yang dimaksud Allah dalam ayat di atas adalah manusia yang mengalami kedatangan hari kiamat.
Allah SWT berfirman,
19:75
Katakanlah (Muhammad), “Barangsiapa berada dalam kesesatan, maka biarlah Tuhan Yang Maha Pengasih memperpanjang waktu baginya, sehingga apabila mereka telah melihat apa yang diancamkan kepada mereka, baik azab maupun kiamat, maka mereka akan mengetahui siapa yang lebih jelek kedudukannya dan lebih lemah bala tentaranya” (QS Maryam 75)
Mereka itu orang orang yang akan mengalami kiamat, yaitu orang orang yang hidup serba berkecukupan dengan rezeki yang melimpah ruah, Allah berfirman,
18:103
18:104
Katakanlah (Muhammad) , “ Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?” Yaitu orang yang sia sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik baiknya (QS Al Kahfi 103 -104)
Rasulullah menjelaskan keadaan mereka, orang orang yang digiring oleh api ke tanah Masyar di Negara Syam – dan bagaimana kehidupan mereka sebelum kiamat datang. Setelah mencabut nyawa semua orang yang beriman, Allah menganugerahkan nikmat yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka hidup tanpa kekurangan.
Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah SAW bersabda, “ Kemudian Allah melepaskan angin dingin yang berhembus dari Syam. Maka tidak ada seorang pun dari manusia yang beriman kecuali dicabut nyawanya sehingga yang tersisa hanya manusia jahat yang tidak memiliki keimanan. Mereka tidak tahu mana yang baik dan mana yang buruk hingga setan muncul dan berkata, “Mengapa kamu tidak memenuhi seruanku saja?” mereka menjawab,” Apa yang kamu perintahkan kepada kami?” Setan memerintahkan kepada mereka untuk menyembah berhala. Maka merekapun mengikuti saran tersebut. Sedangkan, mereka berada dalam kehidupan yang serba kecukupan, kemudian hari kiamat pun datang.” (HR Muslim dan HR Ahmad)
Dari hadis di atas, dapat diketahui sifat sifat orang yang mengalami kiamat, bagaimana Allah memberikan kenikmatan yang melimpah ruah kepada mereka, dan orang orang beriman semuanya dimatikan, meskipun kadar keimanannya hanya sedikit. Hal tersebut merupakan keagungan rahmat dan anugerah Allah bagi mereka. Dari hadis di atas, juga dapat diketahui tentang kiamat yang menghancurkan langit, bumi, bintang bintang, runtuhnya gunung gunung, tumpahnya air laut dan sungai serta berbagai pandangan yang mengerikan lainnya. Selain itu , hadits tersebut menyebutkan bahwa hanya orang orang jahat-orang yang mencampur adukkan keimana, kekufuran, dan kemusrikan yang akan mengalami kiamat. Wallahu Alam

Sumber : Al Hasyr wa Qiyam As Sa’ah – Mahir Ash Shufiy

Sunday, May 18, 2014

BANDAR AKADEMIA

PELAN SUSUN ATUR PEMBANGUNAN TAMAN PERUMAHAN DI BANDAR AKADEMIA


     Rumah merupakan aset yang berguna kepada setiap individu yang menjadikan harta untuk ditinggalkan kepada pewaris-pewaris yang berhak. Sebagai seorang yang berkerjaya, mahu tidak mahu aset ini juga perlu dibeli untuk kediaman dan perlindungan seisi keluarga. Setelah bekerja selama 10 tahun sebagai penjawat awam, saya tidak perlu berfikir panjang lagi atau untuk menangguh memiliki aset berharga ini. Sekiranya saya tidak membuat keputusan yang bijak maka saya tidak akan memilikinya walaupun ketidakmampuan yang terbatas dengan kos sara hidup yang meningkat naik. Kenaikan hartanah ini tidak akan menunggu kita untuk membeli ikut kemampuan. 

JENIS RUMAH "SPRINGDALE"

     
     Alhamdulillah, dengan berkat dan rezeki Allah maka saya dapat membeli dengan kemampuan yang terbatas untuk kediaman kami sekeluarga. Rumah ini mempunyai keluasan tanah 4000kps manakala keluasan rumah 1247kps. Rumah ini dikategorikan rumah banglo dan ianya di Fasa 2B.

MODEL RUMAH JENIS "SPRINGDALE"


PANDANGAN RUMAH DI BAHAGIAN DEPAN


PANDANGAN BAHAGIAN BELAKANG RUMAH. LEBAR TANAH BELAKANG 
IALAH 20kps


PANDANGAN DI BAHAGIAN TEPI RUMAH. LEBAR TANAH IALAH 10kps


PANDANGAN RUMAH DI BAHAGIAN DEPAN


Monday, May 12, 2014

LUKISAN FOTOREALISTIK DENGAN MENGGUNAKAN PASTEL

Hasil tangan yang dari Ivan Hoo yang berasal dari Singapura. Beliau berkebolehan melukis benda-benda fotorealistik di atas permukaan kayu.














Saturday, May 10, 2014

Kisah Abang & Adik.....

 Abang & adik sama-sama menonton cerita yang sama-sama diminati "Oscar Oasis" di saluran astro 611 dan gaya yang sama-sama.

Abang & adik sama-sama berkain pelikat yang dihadiahkan oleh nendanya dan bila dapat pakai bukan kepalang bersiap seawal 6.30 ptg nak pergi ke surau. Hrmmmm nak solat ke nak main? 

 Sama-sama bergembira mencuba "swimming suite" yang dihadiahkan ibunya. Tak sabar-sabar nak ke kolam di Pullman di Presint 5 Putrajaya. Si adik terlalu excited tak nak bukak baju... nak gi mandi kolam.. nak gi mandi kolam... huhu

 Haha... si adik merengek dan menangis dan si
abang muka seposen nak main game dalam Tesko. Papa kata tak boleh nak balik cepat sebab ada janji dengan "customer". Disebabkan tunggu ibu lama sangat beli ais blended, adik dah terlepas masuk ke dalam Tesko, abang diarahkan tengok adik. Alang kepalang hrmmm main je laaa... Lokasi Tesko Saujana  Impian Kajang.


Selepas sarapan di Desa Pinggiran Putra, masa nak balik jumpa kawan di tempat makan yang sama. Sapa dan tanya dia dari mana.... baru lepas naik kuda di Taman Equestarian Putrajaya di Presint 5. RM5 sekali naik. Apa lagi ... kami terus ke sana untuk naik kuda juga. Bila sampai di sana ... mintak maaf bang waktu sesi pagi dah habis  (8.30-10.30pg).. sesi petang plak jam 4.30-6.30. Aduyaiii.... hrmmmm abg & adik hanya bergambar sahaja.