Wednesday, May 21, 2014

Review : Man Of Steel


Kalau korang rasa Iron Man 3 sudah memenuhi tuntutan korang untuk lihat aksi non stop, korang silap. Nampaknya summer belum habis dengan kebangkitan filem filem aksi yang makin menyerang. Ada yang menjadi, dan ada yang tidak. Man of Steel, olahan terbaru Superman ini tidak mampu aku ucapkan bagaimana perasaannya. Ianya sangat sangat jauh dari Tony Stark. Ah, kalau dibandingkan dengan tradisi filem superhero 2013, Man of Steel adalah satu kegilaan pembikin Hollywood! 

Filem ni lebih gila dari Iron Man 3, dari segi aksinya. Malah, filem ini lebih teruk ketidak logikannya daripada Fast and Furious 6. Alah, filem untuk berhibur, jadi have fun!. Tambah lagi, kemusnahan harta bendanya lebih banyak dari The Avengers dan juga Transformers! Pendek kata Man of Steel bercerita tentang besi. Dan korang dapat bayangkanlah bagaimana ‘orang besi’ akan ‘memusnahkan’ harta benda semasa menyelamatkan dunia. Cuma bagusnya filem ni, ia tak lupa untuk meletakkan nilai kehidupan dalam hiburannya.

Zack Snyder, lelaki di sebalik Sucker Punch (2011) dan 300 (2006) meletakkan satu aras baru kepada filem Superman. Bagi yang mengenali gaya filemnya pasti dapat mengagak bagaimana Man of Steel akan jadi. Iyalah, akan banyak visual efek, visual yang sangat ohsem, dan kerja kerja yang memang memerlukan kepakaran tinggi. Perhatikan saja bagaimana efek Superman, visual Krypton dan pertarungan aksinya yang gila babas canteeek!

Dari segi penceritaannya, Man of Steel tidak ketinggalan mengikut tradisi Nolan. Man of Steel sebenarnya mengikut jejak The Dark Knight. Anda akan sedar endingnya yang berbentuk surprise yang akan membuatkan korang faham apa yang nak disampaikan. Filem ini adalah cebisan kisah yang tersembunyi yang berlaku diantara Smallville dan juga filem filem Superman yang lain. Dan pastinya, disebabkan ianya kisah tersembunyi yang baru sekarang ‘dijumpai’, 

Man of Steel lari jauh dari tipikal superhero. Man of Steel adalah kisah peribadi Clark Kent. Filem ni sebenarnya tidak bergantung sepenuhnya kepada watak superhero itu untuk memperkembangkan watak. Clack Kent dibina dengan emosi dan juga kisah hidup yang sebenarnya bercerita tentang sisi dirinya yang fresh dan segar. Snyder menghimpunkan kisah Kent dalam siri flashback dari masa ke semasa. Sekaligus, filem ni tidaklah memberikan masa menunggu yang lama untuk beraksi! 

Aksi tanpa henti adalah pada 1 jam 20 minit terakhir. Itu pasti! Apa ada pada 1 jam pertama? Tipikal Nolan lah! Nolan selaku pemegang idea dan penerbit nampaknya tidak meninggalkan elemen yang ada dalam trilogy Batman. Sejam pertama, kisahnya lebih kepada drama. Namun, dramanya adalah satu dua aksi. Dan dengan visual yang cantik dan tertarik, drama sejam pertama menjadi. 

Expect the unexpected! Aku tak sangka pula Snyder mahu meranapkan seluruh Metropolis sehinggakan aku rasa Michael Bay tunduk rebah sebab dia ingatkan dia dah musnahkan Chicago semaksima mungkin. Malah, Joss Whedon juga akan rasa geram sebab kerosakan New York rasanya baru hujung jari dari apa yang ditonjolkan dalam filem Man of Steel. 

Apa yang aku nampak, Man of Steel adalah Superman yang penuh science-fiksyen. Babak pembukaannya sudah mengingatkan aku kepada Prometheus dan juga beberapa filem si fi lain. Visualnya menakjubkan dan indah. Dan penghayatan yang diberikan kepada Krypton itu sungguh meyakinkan. Superman dalam filem ini diberi emosi supaya penonton rasa simpati. Dan ya, emosi itu berjaya dimainkan dengan sempurna. 

Henry Cavill sesuai dengan watak. Namun, aku tak nampak sisi emosinya yang aku mahu. Namun, aksi gempak filem ni berjaya buatkan aku abaikan hal itu. Amy Adams berjaya menjauhkan tipikal Lois Lane. Malah watak Russell Crowe itu sendiri memberi bahan tambah yang cukup istimewa untuk Man of Steel. Keseluruhannya, ah, tak payah pentingkan lakonan, visualnya dah menakjubkan! 

Cuma satulah yang aku kurang suka tentang filem ni. Filem ni telah menunjukkan yang Hollywood dah tak ada idea lain selain alien nak takluk bumi. Michael Bay dah buat! Whedon dah buat! Sekarang Snyder pulak. Ni berlawan siapa hebat ke apa? Tapi takpelah. Asalkan ceritanya masing masing ada keistimewaan sendiri sudah. Ye dak?

Perhatikan aksi di sejam setengah akhir filem ni. Aksi tanpa henti dengan visual menakjubkan terus mengingatkan aku kepada kemusnahan Chicago didalam TF3. Namun, Snyder tidak melalut lama sangat. Namun, aksinya pasti buat orang yang mahu logik rasa macam serba tak kena. Jadi, aku sarakan buang logika jauh jauh dan berhibur dengan kemusnahan yang disajikan. Nasib baik aksinya ada one to one fight scene, kalau tak memang out of focus lah ending filem ni! 

Dengan gabungan Snyder, Nolan dan yang paling penting iaitu muzik skor trademark Hans Zimmer, filem ni amat sama kualitinya seperti menonton Inception, dan The Dark Knight. Itu pasti. Cuma in the end, aku tertanya tanya satu soalan. Macam mana bumi nak menjadi normal semula selepas kemusnahan segila ‘kiamat’ itu berlaku? Oh, dan satu lagi, heran juga ya kain merah kat belakang Superman tu tak carik carik walaupun berlawan sampai musnah satu bandar! Haha..   

No comments:

Post a Comment