Saturday, May 10, 2014

Kisah Abang & Adik.....

 Abang & adik sama-sama menonton cerita yang sama-sama diminati "Oscar Oasis" di saluran astro 611 dan gaya yang sama-sama.

Abang & adik sama-sama berkain pelikat yang dihadiahkan oleh nendanya dan bila dapat pakai bukan kepalang bersiap seawal 6.30 ptg nak pergi ke surau. Hrmmmm nak solat ke nak main? 

 Sama-sama bergembira mencuba "swimming suite" yang dihadiahkan ibunya. Tak sabar-sabar nak ke kolam di Pullman di Presint 5 Putrajaya. Si adik terlalu excited tak nak bukak baju... nak gi mandi kolam.. nak gi mandi kolam... huhu

 Haha... si adik merengek dan menangis dan si
abang muka seposen nak main game dalam Tesko. Papa kata tak boleh nak balik cepat sebab ada janji dengan "customer". Disebabkan tunggu ibu lama sangat beli ais blended, adik dah terlepas masuk ke dalam Tesko, abang diarahkan tengok adik. Alang kepalang hrmmm main je laaa... Lokasi Tesko Saujana  Impian Kajang.


Selepas sarapan di Desa Pinggiran Putra, masa nak balik jumpa kawan di tempat makan yang sama. Sapa dan tanya dia dari mana.... baru lepas naik kuda di Taman Equestarian Putrajaya di Presint 5. RM5 sekali naik. Apa lagi ... kami terus ke sana untuk naik kuda juga. Bila sampai di sana ... mintak maaf bang waktu sesi pagi dah habis  (8.30-10.30pg).. sesi petang plak jam 4.30-6.30. Aduyaiii.... hrmmmm abg & adik hanya bergambar sahaja. 

No comments:

Post a Comment